Faisal Halim Bakal Jalani Prosedur Implan Kulit
MakanBola
Selangor FC

Pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim dilaporkan bakal menjalani prosedur implan kulit dalam memastikan kecederaan yang dialami selepas disimbah asid berjaya dipulihkan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu video yang dimuatnaik di laman X sebentar tadi.

Ad

“Prosedur seterusnya implant kulit atau lebih tepat ‘skin allograft’ akan dilakukan ke atas Faisal Halim. Difahamkan ia adalah tempahan dari Belgium yang akan tiba di Malaysia minggu ini,” kongsi Fina Nasrom di laman X.

Ad

Faisal menunjukkan perkembangan yang positif selepas pembedahan kedua yang dijalankan ke atas dirinya semalam sebelum keadaan yang dilaporkan teruk selepas pembedahan pertama.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah mula menjamah makanan dan juga turut melakukan latihan ringan di hospital.

Ad

Terdahulu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh dua individu bermotosikal yang tidak dikenali. Akibat daripada simbahan asid itu, Faisal mengalami kecederaan lecur tahap keempat.

Ad