Faisal Halim Bakal Muncul Di Layar Perak?
Bisnes
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dikhabarkan bakal muncul di layar perak dan menceburi bidang perfileman.

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengurus beliau iaitu Encik Azrin Abdul Malik kepada Astro Arena mengenai perkembangan terkini perjalanan pemain sayap lincah ini.

Beliau baru sahaja memberikan khabar baik buat penyokong The Red Giants selepas sah akan terus membawa cabaran pasukan bagi musim 2024/25.

Advertisements

Faisal akan terus kekal berbakti bersama Selangor dan membawa kudrat tambahan untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun ini.

Selain itu, beliau difahamkan akan menceburi bidang perfileman selepas ini dan bakal membintangi sebuah filem.

“Akan ada kejutan tidak lama lagi, pihak saya (Estrada) akan terlibat dalam bidang perfileman. InsyaAllah Faisal Halim akan berlakon,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Azrin juga memberitahu bahawa peranannya adalah untuk membantu mana-mana jenama tempatan atau antarabangsa yang berminat untuk mendapatkan pemain di bawah jagaannya selaku duta.

Setakat ini, beliau telah menguruskan hampir 18 orang pemain bola sepak profesional dan seorang pemain futsal Selangor.

Terbaru, Faisal kini bergelar duta kepada produk tempatan, Blast Active by Sugarbomb untuk terus mengorak langkah membantu syarikat tempatan berkembang maju.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram