Faisal Halim Balas Budi, Hadiahkan Kereta Baru Buat Ayah
MakanBola
Harimau Malaya

Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim baru-baru ini telah menghadiahkan sebuah kereta baru buat ayah tercinta.

Selepas aksi Piala Harapan semalam, Faisal membuat satu kejutan kepada keluarganya selepas tamat perlawanan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Batu Kawan itu menyaksikan Selangor menang dalam penentuan sepakan penalti mengatasi Kedah.

Dalam perkongsian di laman Tiktok penjual kereta, Khairul Keol sempat berkongsi detik manis Faisal yang mengiringi bapanya keluar dari stadium menuju ke kereta baru.

Ad

Pemain berusia 25 tahun itu telah membeli sebuah kereta berjenama Proton sebagai tanda balas budi kepada keluarga. Kereta yang dihadiakan Faisal kepadanya bapanya itu merupakan model X50 versi warna kelabu.

Ad
@khairul_keol

Abam turut sayu melihat.. namun abam tumpang berbangga… tq @faisal halim @selangorfc #viral #harimaumalaya #malaysiatiktok #foryou #kenanganterindah

♬ Sholawat Jibril – Nada Langit

Apa yang lebih menariknya, momen indah tersebut turut dihadiri rakan seperjuangan pasukan Faisal. Para pemain Selangor dan barisan kejurulatihan Merah Kuning turut sama meraikan sambutan tersebut.

Ad
Ad

Selangor bakal berdepan pasukan Penang dalam aksi final Piala Harapan 2023. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Negeri pada 4 Februari jam 9 malam.

Ad