Faisal Halim ‘Bantu’ Naikkan 60% Pasaran Ortuseight Di Malaysia
Bisnes
FA Malaysia
Advertisements

Prestasi cemerlang Faisal Halim bukan sahaja menaikkan populariti dirinya namun kini turut membantu melonjakkan nilai pasaran jenama terkemuka, Ortuseight di Malaysia.

Pengurus Faisal Halim dalam bidang penjenamaan iaitu Encik Azrin Abdul Malik telah berkongsikan perkara tersebut kepada Astro Arena.

Encik Azrin yang turut merupakan bekas pemain bola sepak tempatan mengakui pada mulanya tidak mudah untuk bekerjasama dengan produk dari luar negara ekoran terdapat syarat-syarat tertentu yang harus dipenuhi.

Advertisements

“Saya bermula dengan produk Indonesia, Ortuseight yang menghasilkan kasut. Memang sukar untuk menyelesaikan segala dokumentasi sehingga mengambil masa 2 ke 3 bulan terutamanya apabila melibatkan negara luar. Ada cukai dan limitasi tertentu yang perlu dipatuhi tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.” ujarnya.

Encik Azrin juga berpendapat penajaan pemain bukan sahaja menguntungkan sebelah pihak tetapi mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak termasuk penaja sendiri.

“Bila kita memilih Ortuseight sebagai jenama kasut bola sepak yang dipakai oleh Faisal Halim, ramai yang mula memakai kasut jenama Ortuseight. Terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang suka lihat apa yang Faisal Halim pakai, mereka akan ikut pakai kasut tersebut.”

Advertisements

“Sebenarnya benda ini berlaku melibatkan dua belah pihak, pihak yang menaja juga mendapat impak yang besar. Sebagai contoh mengikut statistik yang saya dapat, terdapat kenaikan pasaran untuk jenama Ortuseight di Malaysia sebanyak 60%.” ujar Encik Azrin lagi.

Ortuseight adalah sebuah syarikat pengeluar barangan sukan yang terkenal terutamanya dalam penghasilan kasut sukan dan kasut bola sejak tahun 2018.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram