Faisal Halim Buat Kemunculan Pada Sesi Latihan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Harimau Malaya mendapat suntikan semangat pada hari pertama kem latihan apabila pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim membuat kemunculan.

Faisal kembali membuat kemunculan di atas padang sebagai pemain gantian semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Ogos lalu – 3 bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu.

Ad
Sponsors

Sejak itu, pemain sayap Selangor FC itu telah merekodkan dua lagi penampilan termasuk 45 minit dalam aksi Piala Sultan Selangor (TSSC) pada 17 Ogos lalu.

Ad

Meskipun begitu, nama pemain sayap berusia 26 tahun itu tidak dipilih pemangku jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente dalam senarai 26 pemain skuad negara menghadapi Pestabola Merdeka 2024.

Ini kerana jurulatih Sepanyol itu mahu Faisal terus fokus kepada proses pemulihannya dan kembali mendapat minit permainan yang lebih kerap.

Ad

Ini membawa kepada kejutan yang diatur Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin buat skuad negara. Menurut wartawan Astro Arena, Fatin Ruzeiman, Faisal hadir dibawa beliau untuk meninjau sesi latihan pertama Harimau Malaya di Kelana Jaya.

Ad

Bekas pemain sayap Terengganu FC itu kemudiannya beramah mesra dengan barisan kejurulatihan skuad negara termasuk Pau Marti dan penolong jurulatih, Juan Torres Garrido.

Ad

Faisal yang mesra disapa Mickey merasa sebak bila diberi peluang meninjau sesi latihan pertama Harimau Malaya. Ini mendorong pemain sayap itu berazam untuk kembali menyarung jersi keramat pasukan itu.

“Saya sudah lalui banyak tahun, inilah tempat saya berjuang untuk pasukan kebangsaan dengan rakan-rakan dan jurulatih (Pau Marti Vicente).

“Tetapi hari ini saya datang sebagai tetamu, melihat rakan-rakan saya berlatih, berjumpa dengan Presiden (FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin) dan berjumpa dengan jurulatih. Saya rasa tak lama lagi saya akan kembali Insya Allah. Saya harap semua dapat mendoakan saya agar dapat kembali,” katanya.

Skuad negara sibuk membuat persiapan untuk aksi pertama Pestabola Merdeka 2024. Mereka akan turun menentang Filipina pada 4 September ini.