Rentak Cemerlang Faisal Halim Bersama Harimau Malaya Jadi Aset Terengganu Berdepan KL City
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Kelincahan pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim dijangka terus menjadi sandaran menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu menikmati musim cemerlang selepas menjadi watak penting buat pasukan kendalian Nafuzi Zain dalam pentas Liga Super.

Kini, beliau terus mendapat kepercayaan letua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gin apabila menjadi antara tonggak penting yang membantu kejayaan pasukan negara layak ke Piala Asia.

Advertisements

Faisal yang memainkan peranan yang cukup penting bersama Harimau Malaya termasuklah menjaringkan gol cantik bertemu Turkmenistan yang menyaksikan Malaysia menang dengan keputusan 3-1.

Visi dan ketenangan yang dimiliki oleh pemain ini juga telah membantunya untuk tampil dengan lebih konsisten setiap kali diberi peluang.

Malah, beliau juga melakukan satu hantaran cantik yang disudahkan oleh Syafiq Ahmad ketika Malaysia berpesta gol membenam Bangladesh tempoh hari.

Advertisements

Bagi saingan Liga Super pula, beliau sudah pun meledak satu gol selain satu gol lagi disumbangkan dalam saingan Piala FA.

Terengganu sudah pasti mahu bangkit untuk berada pada kedudukan yang lebih baik dalam usaha layak ke pentas Piala AFC musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram