Faisal Halim: Jumpa JDT Di Final? Kita Harus Berdoa Dan Tawakal
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Kemaraan pasukan Terengganu FC ke pentas final Piala FA disambut dengan meriah oleh ribuan penyokong mereka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam perlawanan tersebut, Terengganu menewaskan Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Pada aksi final nanti, Terengganu akan berdepan tugas getir apabila bakal bertemu juara 8 kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain sayap lincah Terengganu, Faisal Halim atau lebih dikenali dengan nama Mickey, beliau secara peribadi merasakan bahawa memang sukar untuk menewaskan JDT namun begitu Faisal melihat inilah peluang buat Terengganu memenanginya selepas melalui saingan Piala FA yang sangat mencabar.

Advertisements

“Pada saya, perlawanan kali ini (separuh akhir menentang Selangor) sangat meriah dengan rakan-rakan sepasukan, barisan kejurulatihan, dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan terbaik.

“Kami berjuang sampai minit akhir dan Alhamdulillah ini adalah satu sejarah baru untuk diri saya sendiri.

Advertisements

“Kita sendiri dah bersusah-payah untuk sampai ke final, jadi inilah peluang TFC sendiri dan kita perlu ambil peluang ini dengan baik,” luah Faisal kepada MFL.

Mengenai peluang untuk menewaskan JDT di final nanti, Faisal beranggapan pasukan itu merupakan antara pasukan terbaik di Asia dan apa yang perlu dilakukan adalah berdoa dan tawakal.

Advertisements

“Kita tahu JDT bukan pasukan mudah untuk dikalahkan dan merupakan antara pasukan terkuat di Asia, jadi apa yang saya boleh katakan, kita harus berdoa dan tawakal”, jelasnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram