Faisal Halim Kecewa Status NFA
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengakui kecewa apabila mengetahui status kes beliau diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Sebelum ini, peguam Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha memaklumkan kes serangan asid pemain sayap berusia 27 tahun itu diklasifikasikan NFA.

Ad
Sponsors

Ini selepas beliau menerima makluman tersebut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes itu. Ini termasuk usaha menjejak dalang kes berkenaan tidak membuahkan hasil.

Ad

Apabila diminta mengulas pengumuman yang dibuat Nik Zarith, Faisal mengakui beliau kecewa dengan apa yang berlaku.

Pada masa sama, beliau berharap selepas setahun insiden itu berlaku, beliau diberi ruang untuk kembali beraksi pada tahap terbaik.

Ad

“Seperti yang semua sedia maklum, sudah ada sidang media yang dibuat peguam (Nik Zarith). Sudah tentu sebagai mangsa, saya kecewalah,” katanya seperti dilaporkan Harimau Malaya.

Ad

“Tapi apa yang saya boleh katakan, benda sudah terjadi. Saya sangat berharap berilah (ruang kepada) saya kembali dalam kancah bola sepak.

Ad

“Kalau ada yang tak kena dengan saya, beritahulah saya. Jangan aniaya saya.”

Insiden pada 5 Mei 2024 itu menyebabkan Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat. Kecederaan itu juga memerlukan beliau menjalani beberapa pembedahan bagi membantu proses pemulihannya.

Faisal kembali beraksi bersama Selangor pada Ogos 2024 sebelum merekodkan 24 penampilan, tiga gol dan satu bantuan gol dalam semua kejohanan.

Beliau juga kembali beraksi buat Harimau Malaya apabila dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi menentang Nepal pada Mac lalu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments