Faisal Halim Kelihatan Sedih
MakanBola
Terengganu FC

Pemain sayap Terengganu, Muhammad Faisal bin Abd Halim kelihatan sedih terhadap reaksi penyokong pasukan Terengganu.

Bintang berusia 24 tahun itu tampil memberi respon di laman rasmi media sosial Instagram miliknya harini. Di ruangan IG Story, Faisal telah repost satu Story, dan meletakkan emoji ‘🙏😔’ seolah mahu memberitahu bahawa beliau meminta maaf dan sedang bersedih.

Desas desus dan khabar angin yang mengatakan Faisal bakal berhijrah ke kelab lain musim depan dilihat semakin mendapat perhatian ramai.

Ad

Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan penyokong Terengganu hadir ke stadium menunjukkan respon mahukan ketua jurulatih TFC iaitu Nafuzi Zain dan Faisal Halim kekal di Terengganu. Ada yang membawa kain rentang bertulis #MickeyStay. Ada juga penyokong yang menulis “Mickey tolong jangan lari, stay dengan TFC.”

Ad

Dihafamkan, sebelum ini Faisal Halim telahpun mendapat tawaran daripada sebuah kelab gergasi di Malaysia untuk menagih khidmat pemain licik itu di bahagian sayap namun maih belum ada kata putus berhubung hal itu.

Ad
Ad

Bagaimanapun, fokus Faisal kini tertumpu kepada kem Harimau Malaya yang akan ke Thailand untuk menghadapi saingan King’s Cup. Beliau telah tersenarai dalam skuad Kim Pan Gon bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa pada 22 dan 25 September kelak.

Ad