Penyerang sensasi Malaysia, Faisal Halim sah menjadi duta rasmi jenama sukan Indonesia, Ortuseight selepas dilaporkan oleh wartawan Astro Arena Zulhelmi sebentar tadi.
Video beliau yang tular sebelum ini mencuba memakai kasut jenama ortuseight semasa sesi latihan di Thailand telah menjadi tanda tanya dan sudah terjawab hari ini yang beliau akan memakai kasut tersebut dalam perlawanan sebenar.
Pemain berusia 25 tahun yang sedang meningkat naik itu telah dinobatkan sebagai penyerang terbaik piala AFF baru-baru ini menerusi laman media sosial rasmi Piala AFF 2022.
Ortuseight merupakan antara jenama barangan sukan dari Indonesia yang aktif menaja pasukan futsal dan bola sepak di Indonesia dan kini sedang berkembang ke pasaran antarabangsa.
Selangor akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir 10 Februaridalam siri jelajah pramusim diikuti Sri Pahang FC, Sabah FC dan Terengganu FC.