Faisal Halim Lebih Memilih Keseronokan Yang Kekal
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Umum mengetahui, pasukan Selangor FC telah dikejutkan Sri Pahang FC dengan keputusan 0-1 pada aksi Liga Super dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur tempoh hari.

Biarpun tewas, pemain sayap Selangor dan Harimau Malaya, Faisal Halim tetap positif dengan apa yang berlaku. Faisal percaya kepada rezeki yang diberikan dan tetap berusaha untuk pasukan Selangor.

Faisal berkongsi satu muatnaik di laman instagram yang memaparkan satu foto beliau sedang berlatih. Beliau memilih untuk terus fokus kerana memilih keseronokan yang kekal.

Advertisements

“Rezeki allah itu luas, teruskan usaha untuk pasukan. Jangan pilih untuk seronok seketika tapi pilih untuk seronok untuk selamanya,” coret Faisal dalam muatnaik terbaru instagram beliau.

Musim ini adalah musim yang memperlihatkan Faisal berjaya meneruskan kecemerlangan musim lalu walaupun kini beliau berda di kelab yang berbeza. Bersama Selangor musim ini, Faisal sudah berjaya meledak tujuh gol dan mencipta lapan bantuan gol dalam 16 perlawanan yang diharungi.

Faisal dijangka akan terus menjadi nadi utama pasukan Selangor musim ini. Selepas ini, Selangor akan meneruskan saingan Liga Super dengan aksi menentang Penang FC di laman sendiri pada 15 Julai sebelum berhadapan Sabah FC pada 23 Julai.

Advertisements

Selangor kini berada di tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 34 mata selepas 16 perlawanan. Kedudukan kedua itu masih belum selamat buat Selangor apabila diekori rapat Sri Pahang yang mengumpul mata yang sama di tangga ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram