Harimau Malaya
Astro Arena, FA Malaysia
Advertisements

Malaysia mencipta fenomena apabila berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas menghadapi jalan yang berliku dengan Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3.

Dalam aksi tersebut, usaha keras pasukan Harimau Malaya akhirnya terbalas dengan gol pertama penyamaan menerusi pemain sensasi, Faisal Halim, gol kedua daripada Arif Aiman dan jaringan ketiga daripada Romel Morales.

Gol tersebut telah menggembirakan kebanyakan rakyat Malaysia. Terutama yang fanatik dengan pasukan Malaysia.

Advertisements

Tular satu hantaran di laman sosial Story Instagram Blast Active yang mengatakan Faisal Halim mahu membalas pengorbanan seorang penyokong, Derrick Gan yang sanggup menjual motornya semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia di Qatar dalam aksi Piala Asia 2023.

Dalam hantaran tersebut juga tertulis yang mana Faisal Halim akan menghadiahkan beliau sebuah motosikal baharu.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan moto baru kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya. Dia sampai je Kuala Lumpur nak kasi motor baru terus,” tulis Blast Active menerusi instagram story.

Advertisements
image 48 Faisal Halim Mahu Balas Pengorbanan Derrick Gan Ke Qatar

Tempoh hari satu rakaman video Derrick Gan yang sedang menangis sebak kegembiraan kerana melihat Malaysia berjaya bangkit mencetak gol dan menjinakkan jaguh Asia itu. Reaksi beliau membuatkan rakyat Malaysia terharu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram