Faisal Halim Menangis, Tak Sangka Tersenarai Kesebelasan Utama
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Penyerang Terengganu yang disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan menentang Turkmenistan, Faisal Halim tidak dapat menahan sebak selepas berjaya menjaringkan 1 gol menentang Turkmenistan.

Beliau turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Malaysia Airlines selepas mempamerkan aksi bertenaga menumpaskan Turkmenistan.

Dalam perlawanan pertama Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia berjaya menumpaskan Turkmenistan 1-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil hasil jaringan Safawi Rasid, Faisal Halim dan Corbin-ong.

Advertisements

Faisal Halim Tidak Dapat Menahan Sebak

Sejurus tamat perlawanan, Faisal Halim dipanggil oleh pihak Astro Arena dan diminta memberikan kata-kata selepas berjaya membantu pasukan negara.

Beliau secara tiba-tiba menangis dan turut terharu melihat ahli keluarganya ada berdekatannya di kerusi penonton pada saat itu.

“Terima kasih rakan-rakan pasukan saya, tanpa mereka siapalah saya.

Advertisements

“Isteri saya, anak saya datang.

“Kerja keras rakan pasukan saya dan kami ikut perancangan jurulatih, apa yang jurulatih nak, alhamdulillah perancangan ini menjadi.

“Kami harap kami tidak berhenti di sini dan akan meneruskan perlawanan akan datang. Kami harap dapat capai kemenangan kedua untuk lebih selamat untuk perlawanan terakhir kelak.

Advertisements

“Sebenarnya kami pemain sendiri pun tak tahu siapa dalam kesebelasan utama. Apabila kami turun sahaja dari bas, pergi ke bilik persalinan barulah kami akan lihat siapa berada dalam kesebelasan utama.

“Masuk ke bilik persalinan, saya lihat nama saya ada, saya bersemangat dan inilah hasil saya dan keluarga saya juga datang hari ini, abang saya, isteri saya, anak saya, semua mertua saya, orang kampung saya, semua datang hari ini, alhamdulillah.

“Inilah untuk anda semua!”

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Bahrain pada 11 Jun ini, Sabtu jam 9:00 malam untuk perlawanan kedua skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram