Faisal Halim Rasai Kelainan Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pemain sayap skuad kebangsaan Malaysia, Faisal Halim merasai sedikit kelainan dalam kem Harimau Malaya selepas setahun tidak dipanggil.

Sebagai rekod, kali terakhir Faisal menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika menentang Oman dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Ad

Bagi Faisal, perasaan dapat kembali ke kem Harimau Malaya tidak sama seperti dahulu. Ini kerana, sebelum ini beliau mampu beraksi dengan normal selain menjadi pemain utama skuad kebangsaan.

Ad

Namun segalanya berubah kerana simbahan asid dan memaksa beliau bekerja lebih keras dalam sesi latihan untuk mendapatkan kembali rentak dalam permainan.

“Memang agak lain dan tidak seperti sebelum ini. Sebelum ini saya pemain pilihan utama, boleh bermain secara normal. Sekarang ini saya kena banyak bekerja keras untuk mendapatkan kembali rentak terbaik,” jelas Faisal seperti yang dilaporkan Stadium Astro.

Ad

Selepas setahun tidak menyarung jersi kebangsaan, Faisal kembali pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada Selasa.

Ad

Faisal dibawa masuk pada minit ke-73 untuk beraksi di bahagian sayap kanan dan pemain bertubuh kecil itu beberapa kali berjaya mencipta gerakan menarik selain larian-larian pantas.

Ad

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Malaysia hasil jaringan Hector Hevel pada minit ke-29 dan jaringan Corbin Ong pada minit ke-70.

Untuk aksi seterusnya, Malaysia dijadualkan bertemu Vietnam di gelanggang sendiri pada 10 Jun depan manakala Nepal bakal bertemu Laos di gelanggang lawan pada tarikh yang sama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments