Faisal Halim Rindu Beraksi Buat Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengakui rindu beraksi untuk Harimau Malaya.

Nama pemain sayap Selangor FC itu disisihkan daripada senarai 26 pemain yang dipilih Pau Marti Vicente untuk menghadapi kempen Pestabola Merdeka 2024.

Ad
Sponsors

Keputusan tersebut dibuat disebabkan Faisal baru kembali beraksi di atas padang – tiga bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu.

Ad

Atas sebab sama, Pau Marti mahu memberi ruang dan masa buat pemain sayap berusia 26 tahun itu untuk kembali mengecapi prestasi terbaik.

Kini, selepas diberi peluang meninjau sesi latihan pertama Harimau Malaya di Kelana Jaya pada 29 Ogos lalu, Faisal mengakui rindu kembali menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan.

Ad

Dan ini meningkatkan lagi keazaman dalam dirinya untuk kembali beraksi untuk Harimau Malaya.

Ad

“Saya sedih sebenarnya. “Saya sudah lalui (kem Harimau Malaya) banyak tahun, inilah tempat saya berjuang untuk pasukan kebangsaan dengan rakan-rakan dan jurulatih (Pau Marti Vicente).

Ad

“Tetapi hari ini saya datang sebagai tetamu, melihat rakan-rakan saya berlatih, berjumpa dengan Presiden (FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin) dan berjumpa dengan jurulatih.

“Saya rasa tak lama lagi saya akan kembali Insya Allah. Saya harap semua dapat mendoakan saya agar dapat kembali,” katanya.

Sejak membuat penampilan pertama bersama Malaysia pada 2019 oleh Tan Cheng Hoe, Faisal telah merekodkan 29 penampilan dan 14 gol.

Antara pencapaian terbaik beliau ialah Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023. Anugerah tersebut diraih selepas golnya semasa menentang Korea Selatan dipilih sebagai gol terbaik kejohanan.

Skuad negara akan membuka tirai kempen Pestabola Merdeka 2024 dengan menentang Filipina pada 4 September ini.