Faisal Halim Tak Sangka Terima Kunjungan Mahathir Mohamad
MakanBola
Faisal Halim
Sponsors

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukan kunjungan mengejut ke atas pemain sayap negara, Faisal Halim.

Perkara ini dikongsikan bintang Selangor FC itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya.

Ad

Selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu, Faisal perlu mengharungi empat pembedahan untuk membantu pemulihannya sebelum dibenarkan pulang pada 20 Mei lalu.

Ad

Sejak itu, beliau kini giat menjalani proses pemulihan di bawah pemantauan pasukan perubatan Merah Kuning diketuai doktor pasukan, Dr. Muhammad Hazwan Khair.

Faisal mengakui merasa terkejut tetapi teruja kerana negarawan itu sudi meluangkan masa melawat beliau dan keluarganya.

Ad

Pada masa sama, beliau sekeluarga turut mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri itu.

Ad

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga,” katanya di Instagram.

Ad

Faisal melihat lawatan negarawan itu menyuntik semangat kepada dirinya untuk kembali pulih dan kembali beraksi di atas padang.

“Insya Allah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” tambahnya.

Sejak hantaran itu dimuat naik di media sosial, ramai orang termasuk personaliti terkenal tanah air teruja dengan keprihatinan Mahathir.

Antara personaliti yang teruja ialah pemain bola sepak wanita negara, Steffi Sidhu, penyerang kebangsaan, Shahmie Iszuan Amin dan pelumba basikal negara, Hariff Salleh.

Sebelum ini, ramai penyokong teruja apabila melihat Faisal menghadiri perlawanan Piala FA 2024 antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC pada 15 Jun lalu.