Faisal Halim Tak Tolak Peluang Beraksi Di Indonesia
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak menolak jika diberi peluang beraksi di Indonesia pada masa hadapan.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas pelancaran Innovative Outsole Reveal Event anjuran Ortuseight di Tangerang, Indonesia baru-baru ini.

Ad

Sebelum ini, tiga pemain negara pernah beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia. Tiga pemain tersebut ialah Safee Sali, Kiko Insa dan Junior Eldstal.

Ad

Safee pernah mewakili Pelita Jaya dari 2010 hingga 2013. Insa pula pernah mewakili kelab Arema dari 2015 hingga 2016.

Junior pula menyertai Dewa United secara pinjaman pada 2023. Pemain pertahanan berusia 33 tahun itu beraksi untuk kelab itu sebanyak lima kali pada tahun tersebut.

Ad

Apabila ditanya tentang prospek beliau beraksi di Indonesia, Faisal mengakui tidak menolak jika diberi peluang.

Ad

Pada masa sama, beliau ingin menghormati tempoh kontraknya bersama Selangor FC yang berakhir pada tahun 2027.

Ad

“Saya masih di Selangor FC untuk musim depan. Kontrak saya masih sampai 2027,” ujarnya kepada Bola.com.

“Tentu saja mahu. Ingin mencari suasana baru. Ingin mendapat cabaran yang baru. Insya Allah kalau ada rezeki nanti. Sekarang belum bisa bicara soal itu.”

Selepas tamat musim 2024/25, beberapa bintang Harimau Malaya dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara. Antara nama yang dikaitkan ialah Paulo Josue, Stuart Wilkin dan Dominic Tan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments