Advertisement
Faisal Halim Titip Kalam Perjuangan Kepada Wakil Selangor Di Arab Saudi
UltraSukan
UltraSukan
Selangor FC

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan e-sukan Selangor FC yang sedang berentap di pentas grand final World Cup Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MLB MSC 2024).

Pasukan e-sukan Selangor atau nama rasminya, Yoodoo Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah dengan mara ke final kejohanan itu pada 13 Julai lalu.

Pencapaian itu dilakar dengan menewaskan NIP Flash 3-0 di pentas separuh akhir. Pasukan itu bakal berdepan Falcons AP.Bren yang layak selepas menyingkirkan Liquid ECHO 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pencapaian ini amat membanggakan kerana ini menjadikan mereka wakil Malaysia yang membawa cabaran di pentas final MLBB MSC 2024.

Atas sebab itu, Faisal menghantar satu video motivasi kepada Merah Kuning menerusi satu hantaran di platform Instagram rasmi pasukan itu.

“Hai, assalamualaikum. Saya Faisal Halim. Kepada pasukan SRG, saya ucapkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya mara ke grand final World Cup MLBB MSC 2024. Selamat berjaya Red Giants. Banggakan Selangor dan banggakan Malaysia,” katanya.

Pentas grand final World Cup Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MLB MSC 2024) berlangsung di Riyadh, Arab Saudi. Ketika ini, perlawanan sedang berlangsung antara kedua-dua pasukan.

Faisal kini fokus menjalani latihan ringan dan pemulihan bagi membantunya secara perlahan-lahan kembali beraksi di atas padang.