Faisal Halim Yakin Sentuhannya Akan Tiba Di Selangor
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Selepas tiga perlawanan Liga Super, Faisal Halim masih belum menemui sentuhan penyudah – satu perkara yang meresahkan penyokong-penyokong Selangor. Tetapi bekas penyerang Terengganu itu percaya gol yang dicari akan muncul juga.

Dalam tiga perlawanan liga, Faisal tidak berpeluang melakukan keraian ‘siuuu’ seperti yang selalu dilakukan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo. Tetapi baginya, selagi mana usaha kerasnya atas padang membantu pasukan mencatat keputusan positif, maka itu sudah cukup.

Ad

“Saya masih mencari rentak sebenar dan saya tidak akan patah semangat. Kalau lihat musim lalu, saya tidak jaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama, pasukan tewas tetapi benda itu (gol) akan datang.

Ad

“Saya percaya dengan rezeki dan kita juga ada musim yang panjang sehingga bulan Disember nanti. Apa yang penting adalah pasukan dapat meraih kemenangan. Kalau tidak dapat menjaringkan gol, saya tetap gembira untuk mencipta jaringan buat rakan sepasukan,” katanya.

Musim lepas, Faisal juga mengambil masa menemui sentuhan penyudah. Malah, gol pertamanya pada musim 2022 direkodkan semasa menentang Selangor.

Ad

Bekas pemain Sri Pahang itu turut menegaskan tidak merasa tekanan memburu gol. Ini kerana tanggungjawab memburu gol terletak pada seluruh pasukan dan tidak terhad kepada bahagian serangan semata-mata.

Ad

“Bukan bermakna awak bermain sebagai penyerang, awak kena jaringkan gol. Siapa pun yang jaringkan gol, itu adat bola sepak dan mungkin tiada rezeki (jaringkan gol).

Ad

“Dalam apa pun, keutamaan adalah untuk pasukan. Jaringan untuk sendiri itu pun penting juga tetapi untuk diri saya, yang penting adalah membantu pasukan menang setiap perlawanan,” tambahnya.