Falsafah Bola Sepak Tersendiri, Nafuzi Zain Optimis Pacu Terengganu
MakanBola

Jurulatih pasukan Terengganu, Mohd Nafuzi bin Mohd Zain yakin dengan kemampuan barisan kejurulatihan dan juga para pemainnya untuk terus memperagakan aksi yang cemerlang dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Skuad kendalian jurulatih yang berasal dari Kelantan ini telah berjaya mengharungi 14 perlawanan liga dengan sangat konsisten apabila berjaya mencatatkan 9 kemenangan, 3 seri dan hanya tewas sebanyak 2 kali kepada Sabah dan juga Penang.

Ad
Kedudukan Terkini Liga Super.

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kendaliannya pada musim ini mendapat pujian oleh penyokong bola sepak tanah air apabila berjaya membentuk gandingan yang serasi antara pemain tempatan khususnya pemain muda untuk beraksi bersama pemain import. Percaturan taktikal Nafuzi Zain dilihat berjaya diterjemahkan oleh para pemainnya dengan baik di atas padang sekaligus menjadi kunci kemenjadian pasukan berpangkalan di pantai timur itu.

Jurulatih berusia 42 tahun ini juga menjelaskan bahawa beliau tidak menjadikan cabaran pasukan Johor Darul Ta’zim sebagai satu kegusaran sebaliknya mengambilnya untuk memotivasikan dirinya untuk terus memastikan skuadnya bersedia untuk mengharungi baki saingan musim ini sebaik mungkin.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc)

Ad

Nafuzi turut memuji aksi para pemainnya yang menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi ketika meraih kemenangan besar 5-0 ketika menerima kunjungan Perak. Pada akhir saingan, beliau ada menyatakan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah fokus utama beliau ketika ini sebaliknya adalah persiapan pasukannya untuk mengharungi baki 8 perlawanan dengan baik untuk terus menghabiskan saingan di tempat terbaik.

Kini, Terengganu berada di tangga kedua saingan Liga Super dan hanya 3 mata dipisahkan dengan pendahulu liga. Ini dilihat sebagai peluang terbaik yang dimiliki oleh pasukan Terengganu untuk terus memberi tekanan kepada JDT tatkala mereka akan berkunjung ke Stadium Hang Jebat menetang Melaka United pada rabu untuk saingan seterusnya sementara JDT bakal bertemu Selangor di Stadium MBPJ.