FAM Belum Putuskan Status Penggantungan Kpah Sherman
MakanBola
Sri Pahang FC

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum membuat sebarang kata putus tentang status penggantungan penyerang Sri Pahang FC, Kpah Sherman.

Saingan Unifi Piala Malaysia menyaksikan Sherman membantu pasukan itu mara ke pentas final buat kali pertama sejak 2014.

Ad

Beliau turut menyumbat tiga gol sepanjang kejohanan. Ini termasuk gol kemenangan dalam masa tambahan ketika aksi separuh akhir kedua menentang Sabah FC.

Ad

Meskipun begitu, Sherman dan Manuel Hidalgo terpaksa melupakan hasrat membantu Tok Gajah beraksi di final.

Ini kerana kedua-dua tonggak import Sri Pahang itu perlu menjalani penggantungan perlawanan. Susulan itu, Sherman memaklumkan surat rayuan sudah dihantar kepada FAM agar mempertimbangkan semula status penggantungannya.

Ad

Apabila diminta mengulas perkara berkenaan, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM terlebih dahulu.

Ad

“Itu nanti saya akan periksa balik. Hal ini akan pergi kepada Jawatankuasa Tatatertib,” katanya kepada media baru-baru ini.

Ad

Sri Pahang bakal berentap dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final pada 26 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments