Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didakwa pernah melakukan percubaan untuk menghubungi pemain tengah kacukan Australia, Ryan Teague.
Baru-baru ini, tonggak berusia 24 tahun itu membuat pengakuan terbuka bahawa dirinya memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
“Itu sesuatu yang timbul (kebelakangan ini) kerana saya mempunyai warisan Malaysia,” jelas pemain tengah itu kepada ESPN Asia.
Beliau turut memaklumkan bahawa baru sahaja mengetahui akan perkara ini baru-baru ini.
“Saya tidak tahu perkara ini sehinggalah beberapa bulan lalu, jadi itu khabar baru kepada saya.
Ryan Teague juga menambah, beliau melalui ejennya telah dihubungi oleh FAM baru-baru ini.
“(FA Malaysia) datang kepada saya tetapi, sekali lagi, itu hanya melalui ejen saya. Saya cuba untuk tidak melibatkan diri daripada perkara itu,” tambahnya.
Pemain Melbourne Victory ini bagaimanapun membuat keputusan untuk mewakili Socceroos dan melakukan debutnya ketika menentang China tempoh hari bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Beliau sebenarnya layak untuk mewakili tiga negara iaitu China, Australia dan juga Malaysia namun memilih untuk menyarung jersi negara kelahirannya ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.
Harimau Malaya kini sudah mendapat sentuhan dua orang pemain warisan baharu iaitu Hector Hevel dan juga Gabriel Palmero yang dipanggil ke kem pertama, Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini.