FAM Hantar Surat Pertuduhan Kepada Sony Norde
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde.

Surat pertuduhan tersebut telah dihantar kepada kapten pasukan Kedah itu selepas pemain itu secara lantang mengkritik mutu pengadilan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

Perkara tersebut disahkan FAM sendiri melalui Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman dalam satu video yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ad

“Kita telah menghantar surat pertuduhan kepada pemain tersebut iaitu Sony Norde pada 22 haribulan (Julai) dan kita beri tempoh sehingga 29 haribulan iaitu minggu depan untuk diberi maklum balas kepada FAM,” jelas Noor Azman dalam video tersebut.

Terdahulu, Sony telah mengkritik mutu pengadilan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin yang dianggap membawa kepada kekalahan pasukan Kedah di laman sendiri kepada JDT.

Ad

“Untuk gol pertama, ada kekasaran kepada Habib (Haroon) dan kami sepatutnya mendapat sepakan penalti namun dia (pengadil) tidak memberikannya.

Ad

“Disebabkan oleh mereka (pengadil), kita tewas perlawanan ini. Sudah pasti kita tidak gembira dengan keputusan ini tapi kita sudah cuba yang terbaik,” jelas Sony Norde dalam sidang media selepas perlawanan.

Ad

Kedah dan JDT akan membuat perhitungan semula pada aksi separuh akhir kedua Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos di Stadium Sultan Ibrahim.