Advertising
FAM Hargai Peningkatan Peruntukan Buat Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghargai peruntukan tambahan buat Harimau Malaya yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 12 Januari lalu, Anwar mengumumkan suntikan dana tambahan buat Harimau Malaya berjumlah RM15 juta daripada pihak swasta.

Ad

Ini menjadikan jumlah peruntukan yang diterima ialah RM30 juta. Ini termasuk peruntukan RM15 juta yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025.

Ad

Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin menyifatkan peningkatan peruntukan tersebut mampu membawa Harimau Malaya ke satu tahap berbeza.

“FAM akan memanfaatkan sebaik mungkin tambahan peruntukan ini bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya pada setiap peringkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Usaha ini termasuklah mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.”

Ad

Hamidin turut melihat suntikan dana tambahan ini bukan saja membantu Harimau Malaya mendapat sokongan pelbagai pihak yang terbaik.

Ad

Malah, ini juga dilihat satu pembakar motivasi buat pasukan itu untuk tampil cemerlang di peringkat antarabangsa.

“Dana ini juga akan digunakan oleh FAM bagi aspek pengurusan organisasi untuk memacu perubahan bagi memastikan para pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan yang terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“Peruntukan tambahan ini juga sudah pasti akan meningkatkan lagi motivasi buat para pemain skuad kebangsaan bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” tambahnya.

Pengumuman ini dijangka membakar semangat skuad negara menjelang pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2027 yang bermula pada Mac ini.