Harimau Malaya

FAM Letak Harapan Tinggi Buat Bojan Hodak

Hodak Malaysia NT FAM Letak Harapan Tinggi Buat Bojan Hodak
Malaysia NT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan sasaran layak ke Piala Asia 2032 buat pengendali Harimau Malaya, Bojan Hodak.

Advertisement

Sasaran tersebut didedahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman apabila ditanya tentang sasaran badan induk itu buat bekas pengendali Persib Bandung itu.

Sasaran layak ke Piala Asia 2032 dilihat bersesuaian sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) Hodak. Noor Azman percaya dengan pengalaman dan rekod yang dimiliki bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, Hodak mampu membawa skuad negara lebih ke hadapan.

“Mengenai pelantikan Bojan Hodak semalam kita sudah umumkan, sudah melalui proses jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan, dan exco mengenai pelantikan ketua jurulatih baharu.

“Kami ada temuduga tiga ke empat calon, berdasarkan kelebihan serta pengalaman, kelebihan pada dia. KPI semestinya layak ke Piala Asia, kami yakin pilihan yang tepat,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Selepas terlepas peluang layak ke Piala Asia 2037, skuad negara berharap dapat menebus kekecewaan dengan memburu slot kelayakan ke Piala Asia 2032.

Hodak menjadi pilihan FAM sebagai pengganti tetap Peter Cklamovski. Lebih menarik, beliau juga menjadi jurulatih pertama dari Eropah membimbing Harimau Malaya sejak jurulatih Portugal, Nelo Vingada pada tahun 2017.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...