FAM Letak Syarat Ketat Pemain Warisan Sertai Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan syarat ketat pemain warisan yang bakal mewakili Harimau Malaya.

Hasrat skuad kebangsaan untuk mendapatkan pemain warisan baharu tidak kesampaian baru-baru ini selepas tonggak Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak melepasi syarat FIFA untuk mewakili Malaysia.

Ad

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkenaan penekanan yang diberikan oleh badan induk itu dalam meneliti pemain warisan.

Ad

Katanya, FAM akan terus bekerja keras untuk mengenal pasti pemain yang beraksi di luar negara yang berpotensi untuk mewakili Malaysia.

“Pemain yang berpangakalan di luar negara ini tidak membantutkan usaha kita untuk terus menambah kekuatan dalam skuad kebangsaan.

Ad

“Kita terbuka untuk menerima mana-mana pemain warisan asalkan mempunyai kualiti dan lebih baik berbanding pemain sedia ada. Kalau kualitinya sama seperti pemain dalam negara, lebih baik kita gunakan apa yang ada.

Ad

“Pemain mesti datang dengan tahap dan tunjukkan kualiti mereka lebih baik berbanding pemain sedia ada. Kita mahu pemain yang mempunyai hasrat untuk membantu negara,” katanya kepada Harimau Malaya.

Ad

FAM juga mengalu-alukan kehadiran pemain warisan yang mahu beraksi dan memiliki kualiti untuk membantu perkembangan Harimau Malaya.

“Ia bukan soal pemain, tetapi kualiti. Sekiranya mereka memiliki kualiti untuk mewakili Malaysia, baru kita menghantar permohonan kepada FIFA,” tambahnya.

Malaysia bakal mengharungi aksi persahabatan Tier 1 berdepan New Zealand pada 14 Oktober 2024 di Auckland.