Ads
FAM Pastikan Operasi VAR Selaras Protokol FIFA
Liga Super
Sabah FC

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ S. Sivasundaram memaklumkan operasi sistem bantuan video pengadil (VAR) mengikut protokol Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisements

Kritikan terhadap sistem VAR timbul susulan beberapa keputusan kontroversi yang dibuat sistem itu dalam beberapa perlawanan Liga Super.

Advertisements

Ini termasuk kontroversi gol pemain tengah Selangor FC, Yohandry Orozco yang dibatalkan VAR selepas Fazly Mazlan didakwa berada dalam kedudukan ofsaid.

Advertisements
Advertisements

Sivasundaram memaklumkan FAM sentiasa memastikan operasi VAR bukan saja mengikut protokol yang ditetapkan FIFA. Malah, operasi sistem itu juga perlu selaras dengan Undang-undang Permainan FIFA 2024/2025.

“FAM sangat mengambil berat tentang prestasi pengadil dan kepatuhan terhadap Protokol VAR FIFA dan Undang-undang Permainan FIFA 2024/2025.

Advertisements

“Untuk itu, setiap langkah dan keputusan yang dibuat adalah selaras dengan ketetapan yang disebut dalam Protokol VAR dan platform IAAP (Implementation Assistance and Approval Programme).

“Jawatankuasa Pengadil FAM juga akan terus memantau prestasi pengadil di Liga Malaysia terutama perlawanan yang menggunakan VAR, selain telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan prestasi pengadil akan terus kekal pada tahap optimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan ini turut disokong dengan data purata Semakan Atas Padang (OFR) iaitu 0.73 untuk satu perlawanan. Sementara purata masa tambahan bagi setiap perlawanan adalah sebanyak 9.94 minit.

Angka ini dilihat memenuhi penanda aras yang sedang digunakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA bagi menilai keberkesanan penggunaan teknologi VAR.

Sivasundaram melihat pengadil negara amat memahami keperluan VAR termasuk menilai insiden mana yang wajib diperiksa semula atau tidak.

“Untuk makluman, semakan video OFR hanyalah dibuat bagi keputusan perlawanan yang melibatkan ruang untuk tafsiran. Ini bermaksud, bukan semua insiden yang mana pengadil wajib melakukan OFR atau semakan video di sisi padang permainan.

“Kebanyakan insiden adalah disemak oleh VAR dan insiden yang melibatkan fakta tidak memerlukan OFR atau semakan video kecuali dalam situasi-situasi tertentu sahaja ‘Sell the Decision’.

“Analisa perlawanan jelas menunjukkan bahawa prestasi pengadil setakat Hari Perlawanan 3 berada pada satu tahap yang cukup membanggakan,” tambahnya.

Meskipun barisan pengadil negara menunjukkan prestasi yang bagus dalam liga setakat ini, FAM melihat masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Advertisements

Atas sebab itu, FAM komited dengan pelaksanaan teknologi VAR dalam Liga Malaysia (Liga M) dan melihat sistem tersebut dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram