FAM Berharap Permohonan ‘Kedua’ Direstui
MakanBola
Utusan.com
Sponsors

Hasrat pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk membuat persiapan terbaik dalam aksi persahabatan antarabangsa pada bulan September tidak kesampaian kerana tidak mendapat sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa.

Menurut satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, keputusan yang diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menyebabkan perancangan pasukan kebangsaan terjejas.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Ad

“Permohonan FAM untuk mengadakan dua perlawanan antarabangsa di negara ini yang membabitkan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dalam tempoh jendela FIFA itu sehingga ke hari ini masih belum mendapat sebarang kebenaran atau kelonggaran yang diperlukan untuk pengendalian perlawanan antarabangsa ini.”

Oleh yang demikian, terdapat pindaan yang berlaku pada tarikh tersebut dan dijangka akan diserahkan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengadakan perlawanan pada hari tersebut.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Ad

“Oleh itu, FAM telah membuat keputusan untuk memulangkan semula tarikh bagi panggilan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bagi jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September ini kepada Liga Bola Sepak Malaysia.

Ad

“Ia bagi membolehkan MFL untuk melangsungkan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) pada tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Perlawanan persahabatan ini amat penting bagi persiapan skuad Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 pada Disember ini selain menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Februari tahun depan.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Terdahulu, menurut satu kenyataan oleh Arena Metro, Cheng Hoe sudah pun membuat perancangan untuk mengumpul para pemain dengan lebih awal bagi membuat persiapan rapi untuk menempuh beberapa siri perlawanan persabahatan yang dirancang melibatkan Palestin, India dan Chinese Taipei.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

“Jika boleh untuk perlawanan akan datang membabitkan Harimau Malaya dapat panggil barisan pemain lebih awal sekali gus boleh melakukan persiapan lebih rapi.”

“Sudah tentu saya mahu menyediakan barisan pemain terbaik dengan memperbaiki kelemahan yang ada dan berharap dapat mencipta keputusan positif,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Namun begitu, peracangan terkini FAM adalah untuk membuat persediaan awal terutamanya bagi mendapatkan pasukan lawan baharu pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA 2020 pada Disember ini beserta kelayakan Piala Asia 2023.

FAM juga berharap agar usaha untuk melakukan permohonan kali kedua untuk melakukan aksi persahabatan mendapat perhatian sekaligus membolehkan kelulusan diterima lebih awal daripada pihak berkuasa.

Ini sekaligus menimbulkan sedikit kerisauan dalam kalangan penyokong Harimau Malaya terutamanya melihat kepada prestasi semasa pasukan kebangsaan setelah aksi kurang memberangsangkan pada edisi Kelayakan Piala Dunia yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)