Advertising
FAM Pertimbang Kembalikan Semula Skuad Harimau Muda
MakanBola
FA Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia menimbang idea untuk membentuk kembali skuad Harimau Muda.

Harimau Muda merujuk kepada pasukan Malaysia Bawah 21 Tahun (B-21) yang beraksi dalam beberapa saingan liga sebelum dibubarkan pada November 2015.

Ad

Pasukan ini membuat kemunculan pertama mereka dalam saingan Liga Perdana Malaysia musim 2007/08 dan 2009.

Ad

Harimau Muda kemudiannya dipecahkan kepada dua pasukan iaitu Harimau Muda A dan Harimau Muda B pada Julai 2009. Pembahagian ini dibuat bagi membolehkan Harimau Muda A fokus kepada penyertaan dalam kejohanan antarabangsa.

Harimau Muda A kemudiannya bersaing dalam saingan Liga Super 2011 dan S-League (nama lama Singapore Premier League (SPL)) 2012. Manakala Harimau Muda B pula bersaing dalam Liga Perdana 2011 dan 2012 sebelum menggantikan Harimau Muda A untuk saingan S-League pada 2013.

Ad

Satu lagi pasukan Harimau Muda dibentuk iaitu Harimau Muda C yang bersaing dalam saingan Liga FAM. Ketiga-tiga pasukan ini kemudiannya dibubarkan pada penghujung 2015 dengan semua pemain kembali ke negeri masing-masing.

Ad

Hamidin melihat sebuah pasukan baru perlu dibentuk sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2025 dan 2027.

Ad

Dan beliau melihat Harimau Muda sebagai salah satu idea untuk merealisasikan prospek pingat negara dalam acara bola sepak.

“Jadi untuk temasya Sukan SEA di Bangkok (2025) dan Malaysia (2027), antara idea yang FAM akan timbulkan ialah membentuk pasukan Harimau Muda di bawah Datuk Ong Kim Swee (satu ketika dahulu).

“Kita akan bekerjasama dengan MSN (Majlis Sukan Negara). Jadi, semua itu akan dibincangkan sekali dan kita akan rumuskan (langkah seterusnya),” katanya kepada MakanBola di Wisma FAM semalam.

Menerusi projek ini, Harimau Muda melakar pencapaian membanggakan dengan meraih pingat emas dalam Sukan SEA 2009.