Advertising
FAM Puas Hati 100%, Yakin Padang SNBJ Boleh Pakai & Lebih Cantik
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac ini.

Keyakinan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Ke-10 di Taman Ekuestrian Putrajaya hari ini.

Ad

Noor Azman mengakui memahami kegusaran yang disuarakan oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tentang keadaan padang SNBJ selepas melakukan tinjauan pada 7 Mac lalu.

Ad

Bagaimanapun, FAM telah diberi jaminan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bahawa padang SNBJ akan berada pada tahap terbaik untuk perlawanan tersebut.

“Dia (Pan-gon) risau dalam keadaan (padang) sekarang masa lawatan kami di SNJB. Namun komitmen diberikan oleh kontraktor dalam masa dua minggu Insya-Allah, benda (padang) itu akan pulih lebih cantik balik dan boleh pakai.

Ad

“Kita lakukan lawatan sekali (7 Mac) dan berpuas hati seratus peratus. Masa lawatan itu diadakan, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pun ada sekali (jadi) tiada masalah sebab masih ada waktu,” katanya.

Ad

Isu kualiti padang SNBJ menjadi bualan hangat peminat bola sepak setiap kali konsert selebriti antarabangsa diadakan di stadium berkenaan.

Ad

Malaysia bakal berdepan Oman untuk aksi ketiga kelayakan di Muscat pada 21 Mac. Ini disusuli aksi timbal balik di SNBJ pada 26 Mac ini.