FAM Sudah Siasat, Keputusan Pengadil Kedah-JDT Adalah Tepat
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Tiada sebarang keputusan kontroversi ataupun kesilapan yang dibuat pengadil, Hamdan Awang ketika perlawanan antara Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Selasa lalu.

Demikian rumusan dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Penilaian Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setelah mereka mengkaji laporan dikemukakan oleh Penilai Pengadil.

Dalam aksi di Stadium Darul Aman tempoh hari, Kedah kecundang 1-3 kepada JDT dengan skuad harimau selatan beroleh jaringan menerusi Bergson da Silva, penalti Leandro Velazquez dan Afiq Fazail.

Advertisements

Ada sesetengah pihak, termasuklah Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor menganggap Hamdan membuat keputusan silap membenarkan jaringan Bergson yang didakwa berada di dalam kedudukan offsaid, malah penalti yang diberikan juga dianggap tidak wajar.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, berdasarkan siasatan dan penelitian terperinci, pengadil telah melaksanakan tanggungjawab dengan cukup baik sekaligus menepis wujud pengadilan berat sebelah.

“Penilai Pengadil telah menghantar laporan yang mana beliau menyatakan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil pada perlawanan tersebut adalah betul dan tepat serta tiada sebarang isu atau kesilapan yang dilakukan.

Advertisements

“Laporan tersebut juga telah diteliti bersama oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang turut sependapat bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil berkenaan adalah betul dan tepat tanpa sebarang kesilapan.

“Pertamanya, mengenai dakwaan bahawa pemain JDT, Bergson da Silva berkedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol pertama JDT pada minit ke-36, ia memang tidak ofsaid kerana semasa bola disepak (hantaran dibuat), pemain tersebut tidak berada dalam kedudukan ofsaid.

“Berdasarkan Undang-undang 11 iaitu berkaitan ofsaid, kedudukan sama ada pemain itu ofsaid atau tidak adalah diambil kira ketika bola dimainkan (hantaran dibuat), bukannya semasa pemain menerima bola tersebut.

Advertisements

“Keduanya, mengenai sepakan penalti yang diberikan kepada JDT pada minit ke-57, ia memang keputusan yang tepat kerana berlaku tolakan oleh pemain Kedah Darul Aman FC ke atas pemain JDT mengikut Undang-undang 12,” kata Noor Azman dipetik daripada BH Sukan.

Noor Azman menambah, FAM bertindak segera dan secara proaktif untuk meneliti laporan daripada Penilai Pengadil menerusi Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil meskipun pasukan KDAFC sendiri tidak ada mengemukakan sebarang bantahan mengenai dua insiden tersebut.

“Ini bagi memastikan sama ada pengadil telah membuat keputusan tepat atau sebaliknya, sebelum memutuskan tindakan lanjut jika ada kesilapan dibuat,” ujarnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram