FAM Umum 25 Pemain Harimau Malaya B-16 Ke FIFA Youth Series
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkam senarai nama 25 pemain skuad Harimau Malaya B-16 untuk bermain di FIFA Youth Series 2025.

Menerusi satu kenyataan media FAM pada Rabu, seramai 25 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih iaitu Javier Jorda Ribera untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-16 bermula 8 Mei 2025.

Ad
Sponsors

8 daripada 25 pemain yang dipanggil terdiri daripada pemain Johor Darul Ta’zim V (JDT V) manakala baki 17 orang pemain lagi pula berasal daripada pasukan Akademi Mohktar Dahari (AMD).

Ad

Kesemua 25 pemain tersebut akan berkumpul dan menjalani latihan pusat selama di Majlis Sukan Negara (MSN) selama satu minggu persediaan ke FIFA Youth Series 2025 bermula 18 hingga 22 Mei 2025.

Selepas seminggu kem latihan pusat, senarai akhir 22 orang pemain terpilih menyarung jersi Harimau Malaya B-16 akan diumumkan sebelum berlepas ke Zurich pada 15 Mei 2025.

Ad

FIFA Youth Series 2025 akan berlangsung di Home of FIFA di Zurich disertai 6 pasukan bawah 16 tahun (B-16), setiap satu dari 6 benua konfederasi FIFA yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Ad

Kumpulan A dibarisi oleh Switzerland (Eropah), New Zealand (Oceanie) dan Guatemala (Amerika Utara) tatkala Kumpulan B pula menampilkan Malaysia (Asia), Tunisia (Afrika) dan juga Paraguay (Amerika Latin).

Untuk saingan Kumpulan B, Malaysia akan turun berdepan Paraguay pada Ahad, 18 Mei dan diikuti menentang Tunisia sehari kemudian.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments