FAM Umum Pakej Hebat Buat Penyokong Ke Piala Asia
MakanBola
Azri / MakanBola
Sponsors

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Program Road To Doha yang menawarkan pakej buat penyokong Harimau Malaya terbang ke Doha, Qatar bagi menyaksikan dan menyokong skuad Harimau Malaya bersaing di pentas Piala Asia 2023 pada Januari depan.

Kerjasama bersama MFASport dan Malaysia Airlines ini bakal menawarkan pakej yang melengkapi tiket penerbangan, pengangkutan, tiket perlawanan, penginapan dan makanan. Kerjasama ini turut melibatkan Malaysia Airlines yang sudi menjayakan Progaram Eoad To Doha ini.

Ad

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman memaklumkan pakej ini selaras dengan harapan penyokong ketika sesi TownHall bersama Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin tempoh hari.

Ad

FAM dan MFASport turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi kerjasama sepenuhnya untuk pakej ini.

“Ini merupakan kaedah terbaik untuk penyokong ke Qatar. Saya bagi pihak FAM mengucapkan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh, tanpa usaha beliau program ini sukar dijayakan” ujar Datuk Noor Azman Rahman.

Ad

Jurucakap Mfast Resources Holding, Khairul Effendy Abdullah berkata pakej ini boleh dibeli bermula esok, 21 Oktober 2023 secara atas talian hingga 7 November. Pakej ini bermula pada tanda harga RM1838 (tidak termasuk tiket penerbangan) hingga ke RM11,500.

Ad

Tiada kuota untuk pakej ini dan ia terbuka kepada semua. Bagi pihak MFASport, mereka menyasarkan sekitar 300 hingga 400 orang yang akan turut serta dalam program ini.

Ad

Pakej ini boleh dibeli bermula esok dan maklumat lanjut boleh dilayari di www.mfasport.com.