Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya meskipun berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Kelantan pada Khamis lalu.
Menganggap ia kemenangan penting, jurulatih kelahiran Singapura itu bagaimanapun berkata dia cuma berpuas hati dengan aksi ditunjukkan di separuh masa pertama, yang mana kesemua empat gol dijaringkan menerusi Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Sergio Aguero dan Stefano Brundo.
“Kita sebenarnya perlu untuk terus menyerang mereka di babak kedua, tapi kita main tolak-tolak bola ke tengah dan memberikan lawan ruang untuk datang ke arah kita, tapi nasib baik kita punya pertahanan agak kompak. Ini mungkin diperngaruhi isu kecergasan dan kecederaan.
“KIta juga masih bermasalah dalam membuat marking (jaga pemain), selain lambat turun semula ke bawah apabila naik menyerang. Barisan belakang pula saya lihat jarang push up cepat sangat dan ini memberikan ruang besar kepada lawan.
“Kalau kita jumpa pasukan lebih baik (dari Kelantan), kita bermasalah, ini aspek yang saya perlu perbaiki,” ujar Fandi Ahmad.
Selepas ini, Sri Pahang akan menentang Selangor dalam aksi ketiga Liga Super pada Ahad, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.