Fandi Ahmad Terkejut Lihat Cara Sabah Bermain
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Kekalahan besar 0-4 yang menimpa Sri Pahang FC pada aksi bertemu Sabah FC semalam nyata mengejutkan ramai pihak dan tidak terkecuali pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad.

Fandi akui terkejut dengan apa yang corak permainan para pemain Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pemain Sabah dilihat bermain dengan begitu bersemangat dan lebih baik berbanding pasukan Sri Pahang.

“Hari ini perlawanan agak berat sebelah. Mereka (pemain Sabah) main penuh agresif dan semangat mereka sangat tinggi. Jadi kita kalah kepada pasukan yang lebih baik.

Advertisements

“Malam ini (semalam) dominasi mereka luar biasa. Tahniah untuk Sabah. Pergerakan mereka sangat bahaya dan kita pun banyak buat kesilapan kerana ditekan. Hari ini bukan hari kita, sentuhan kita semua kurang baik.

“Tapi ini adalah satu pelajaran buat kita. Kita akan pandang ke hadapan dan mudah-mudahan kita dapat perbaiki cara kita bermain,” luah Fandi kepada Astro Arena.

Pada aksi semalam, Sabah yang mendominasi hampir keseluruhan perlawanan berjaya mendapatkan empat jaringan hasil penyudah Darren Lok (2 gol) manakala Ramon Machado dan Stuart Wilkin masing-masing menyumbang satu gol.

Advertisements

Sri Pahang yang kini menghuni tangga keempat liga akan meneruskan saingan Liga Super dengan melayan kunjungan pasukan Perak FC pada 30 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram