Fandi Sedikit Terkilan Peluang Yang Tidak Dimanfaatkan Sri Pahang
MakanBola
Official Sri Pahang
Sponsors

Walaupun berpuas hati dengan keputusan seri yang diraih ketika menentang Sabah, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui sedikit terkilan dengan kegagalan pemainnya menyempurnakan peluang di depan gol.

Sri Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat seri 1-1 menerusi jaringan Kpah Sherman, namun boleh dikatakan untuk hampir keseluruhan permainan ia adalah milik Sabah yang lebih banyak mencipta peluang jaringan.

Ad

Namun Sri Pahang turut memiliki peluang terbaik mereka, di mana Fandi berpendapat jika ia penyudah lebih baik pastinya mereka dapat mencipta kejutan di Darulmakmur.

Ad

“Saya rasa berpuas hati walaupun kita bermula dengan agak lambat sekali permainan kita pada 20 minit pertama, tetapi kita dapat settle down dan menyaingi mereka semula.

“Mereka datang sini dengan misi nak menang, tetap dengan pressing atas formasi 3-4-3. Jadi, saya rasa ini keputusan agak adil. Kedua-dua pasukan ada peluang tapi mungkin finishing kurang baik, agak terkilan juga sebenarnya, tadi Azam pun ada satu tandukan hampir gol.

Ad

“Saya hormat dengan pasukan Sabah dan akui tahap mereka lagi tinggi dari kita,” kata Fandi selepas perlawanan.

Ad

Beliau juga menjelaskan sebab kapten pasukan Sergio Aguero tidak dapat diturunkan selain perubahan taktikal dan formasi yang terpaksa dibuat bagi mengimbangi kekuatan pasukan kendalian Ong Kim Swee itu.

Ad

“Kita selalu main Stefano di belakang, tapi kerana nak kuatkan tengah, nak beradu tenaga di tengah kerana kita tahu midfield Sabah bagus, kiri kanan mereka cepat, wing back cepat, jadi kita nak menang di situ, Stefano harus bantu Ingreso.

“Kita tak dapat turunkan Aguero walaupun dia sebenarnya ada dalam perancangan, dia sudah warm up tapi kemudian rasa tak selesa. Jadi perubahan dibuat. Kita juga harap Syazwan Andik dapat meneruskan permainan sehingga tamat, tapi dia pun sudah lama tak main wing back, agak kepenatan, tapi bagi saya dia main dengan baik,” tambahnya.