Faris Ramli Mohon Jurulatih Singapura Diberikan Masa Walaupun Gagal Ke Piala Asia 2023
Asia
SPL
Advertisements

Singapura sudah pun terkeluar daripada persaingan untuk ke Piala Asia 2023, yang akan diadakan pada Jun tahun depan, selepas tewas kepada tuan rumah kumpulan Kyrgyzstan (2-1) Rabu lalu dan kemudian Tajikistan (1-0) tiga hari kemudian.

The Lions kini berada di tempat ketiga daripada empat pasukan Kumpulan F. Mereka kini mendahului Myanmar dengan perbezaan gol. Enam pemenang kumpulan dan lima pasukan terbaik tempat kedua akan mara ke Pusingan Akhir tahun depan.

Namun bagi penyerang Singapura, Faris Ramli memohon agar semua pihak memberikan masa buat para pemain dan pengendali pasukan Takayuki Nishigaya untuk kembali bangkit selepas ini.

Advertisements

“Beri dia (Takayuki Nishigaya) lebih masa, beri kami lebih masa.

“Dia mempunyai perancangan untuk pasukan dan negara. Kami telah menyesuaikan diri dengan cepat bersama corak permainan yang dimahukan. Bagi mereka yang menonton perlawanan itu, mereka akan tahu bahawa kami telah bermain dengan baik, cuma kami tidak dapat tiga mata dan jadi begitulah semua pihak menunding jari.

“Saya boleh beri jaminan bahawa kami akan berada di sana (antara pasukan teratas Asia Tenggara) sekali lagi satu hari nanti jika kami meneruskan kemajuan ini. Kami pemain percaya pada rancangannya, pada strukturnya dan kami merasakan bahawa ini adalah cara terbaik untuk pergi lebih jauh,” jelas Faris seperti dilaporkan ST Sports.

Advertisements

Di bawah pengendali dari Jepun itu, pasukan Singapura dilihat lebih agresif dalam menekan pihak lawan. Para pemain Singapura juga mampu bertahan dengan baik selain mendominasi perlawanan walaupun berdepan dengan pasukan yang lebih tinggi kedudukan rankingnya.

Faris berharap para pemain Singapura mampu menterjemahkan peluang dalam aksi terakhir menentang Myanmar hari ini sekali gus dapat menghadiahkan kemenangan buat para penyokong dan jurulatih.

“Sebagai penyerang, tidak dapat menjaringkan gol adalah sesuatu yang mengecewakan memandangkan deretan peluang yang kami ada tidak berjaya disudahi dengan gol. Kami perlu klinikal. Persembahan lebih Kami perlu memenangi perlawanan terakhir kami, bukan hanya untuk jurulatih tetapi untuk peminat dan untuk diri sendiri. Kami tidak mahu pulang dengan tangan kosong.” tegas Faris.

Advertisements

Untuk rekod, etua jurulatih Takayuki Nishigaya telah mengalami tiga kekalahan daripada tiga perlawanan yang dilalui sejak dilantik pada April. Dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus, Singapura ditewaskan 2-0 oleh Kuwait dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram