Farizal Marlias Rekod 100 Aksi Tanpa Bolos Bersama JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias mencipta rekod tersendiri bila membantu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengalahkan Kuching City FC beberapa hari lepas.

Ini kerana dalam perlawanan itu, Farizal merekodkan 100 perlawanan tanpa bolos bersama Harimau Selatan.

Ini satu pencapaian membanggakan buat Farizal memandangkan musim ini beliau banyak bertindak sebagai pemain sokongan kepada penjaga gol utama, Syihan Hazmi Mohamed.

Advertisements

Sejak menyertai JDT pada 2015 dari Selangor FC, beliau telah merekodkan 221 penampilan.

Sepanjang tempoh tersebut, Farizal telah berjaya menjulang trofi sebanyak 20 kali. Ini termasuk pencapaian empat trofi yang digapai pada 2022 dan Piala AFC pada 2015.

Rekod ini dilihat mampu menginspirasikan penjaga gol lain termasuk Syihan agar lebih mantap di hadapan gawang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram