Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang menelan belanja sebanyak RM69 juta dijangka bakal siap dalam fasa pertama pada tahun 2026.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, projek NTC bagi fasa 1 terdiri daripada tiga buah padang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kerja-kerja pelaksaan telah pun bermula oleh syarikat tempatan pada Jun 2024.

“Fasa 1 projek NTC ini yang dilaksanakan oleh syarikat tempatan, RS Green Master (M) Sdn. Bhd. telah pun bermula pertengahan Jun 2024 merangkumi pembinaan tiga buah padang bola sepak dengan jenis rumput berbeza,” ujar FAM dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

“(Pusat Latihan Kebangsaan ini) dilengkapi lampu limpah sepenuhnya serta sistem saliran berkualiti, landskap dan pagar setinggi 6 meter di sekeliling kawasan padang.”

“Ia dijangka siap pada Disember 2026, seterusnya boleh mula diguna pakai oleh pasukan-pasukan kebangsaan dari peringkat senior sehingga bawah umur serta wanita untuk kem latihan pusat menjelang mana-mana kejohanan atau perlawanan antarabangsa.”

Advertisements

Tambah FAM lagi, bagi fasa 2 pula melibatkan peruntukan daripada pihak kementerian dan projek pembinaan merangkumi sebuah bangunan pelbagai guna buat para pemain dan pegawai selain bumbung yang aksn dibina bagi menutup padang di fasa 1.

“Fasa 2 pula adalah peruntukan daripada KBS dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan tender dijangka dibuka pada September 2024.”

“Ia membabitkan pembinaan sebuah bangunan seluas 1,682.8 meter persegi yang merangkumi gimnasium, ruang serbaguna, bilik persalinan pemain, ruang rehabilitasi dan surau, selain pembinaan bumbung bagi padang rumput tiruan (artificial) yang dibina pada Fasa 1.”

“Kedua-dua Fasa 1 dan 2 ini akan berjalan dalam waktu yang sama yang mana Fasa 2 dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2027, sekali gus melengkapkan semua infrastruktur yang terdapat di NTC.”

Majlis pecah tanah bagi pembinaan NTC di Presint 5, Putrajaya telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, hari ini sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Terletak berhampiran dengan Taman Ekuestrian Putrajaya, NTC bakal dibina di atas tapak seluas 5.2 hektar (12.85 ekar) dengan Fasa 1 projek tersebut menggunakan dana daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berjumlah AS$5.2 juta, sekitar RM24 juta.

Manakala, Fasa 2 pula menggunakan peruntukan sejumlah RM45 juta daripada Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram