Fayadh Zulkifli ‘Pelesit’ Kedah Ketika Lawan Keletihan
Liga Super
Photo BERNAMA / Kedah D.A FC
Advertisements

Pemain kelahiran Baling, Kedah ini mula dikesan bakatnya pada Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar Kedah pada tahun 2017 setelah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Beliau memulakan karier bersama Kedah selepas semusim beraksi untuk skuad bawah 21 Kedah pada tahun 2018 sebelum diserap masuk ke skuad utama. Musim pertamanya bersama skuad utama Kedah, beliau berjaya menjaringkan 3 gol.

Walaupun kerap bermula di bangku simpanan, aksi pemain Kedah Darul Aman FC, Fayadh Zulkifli ternyata tidak menghampakan jurulatih pasukan, Aidil Shahrin Sahak apabila sentiasa menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi apabila diturunkan.

Pemain yang bakal menginjak umur 23 tahun itu, baru-baru ini berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang PJ City yang menyaksikan Kedah membelasah PJ City 4-1. Jaringan itu merupakan jaringan ke-3 beliau musim ini dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Taktikal pasukan boleh diumpamakan nadi sesebuah pasukan. Jika taktikal tidak menjadi boleh diumpamakan seperti nadi yang perlahan denyutannya dan ternyata taktikal Aidil Shahrin sering kali berkesan terutamanya dengan keputusan beliau memasukkan Fayadh pada masa yang tepat.

Kelajuan dan kelicikan Fayadh acap kali memberi masalah kepada benteng pertahanan pasukan lawan. Beliau sering dimasukkan ketika perlawanan berbaki 20 minit bagi menambah kelajuan pasukan. Posisi beliau di sayap kiri juga kerap membelah pertahanan lawan yang sudah keletihan mengekang serangan sejak awal perlawanan.

Pada tahun 2019, Fayadh Zulkifli bersama seorang lagi ‘ubi muda’ Kedah, Fadzrul Danel telah diikat oleh pasukan Kedah untuk tempoh 5 tahun beserta klausa perpindahan RM5 juta. Langkah mengikat mereka untuk jangka masa panjang ini dikatakan sejajar dengan misi dan visi kelab untuk menjaga kebajikan serta bakat setiap pemain dan juga memastikan situasi menang-menang antara persatuan dan pemain jika pemain mendapat tawaran beraksi di peringkat lebih tinggi kelak.

Advertisements

Walaupun cara pemainan beliau sering disamakan dengan pemain JDT, Akhyar Rashid, beliau yang mengakui perkara itu, ternyata lebih selesa dengan gaya permainannya sendiri .

“Saya rasa mungkin betul apa yang orang kata (sama dengan Akhyar) tapi saya dengan diri saya. Saya akan usaha atas diri sendiri,” jelas beliau kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram