Fazrul Amir Gesa Kelantan DN Lunas Hutang
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Pemain sayap kebangsaan, Fazrul Amir Md. Zaman menggesa Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) segera melunaskan hutang pemain dan staf kejurulatihan pasukan itu.

Gesaan itu dibuat selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Kelantan DN bakal mendapatkan 10 tonggak import untuk musim 2025/26.

“Sekurang kurangnya 10 pemain import dijangka membarisi Kelantan DN 2025,” katanya baru-baru ini.

Meskipun begitu, kenyataan Annuar mengundang rasa tidak puas hati Fazrul. Ini kerana pada hemat beliau, Sang Kijang Emas perlu melunaskan hutang terlebih dahulu.

WhatsApp Image 2025 06 19 at 20.58.22 Fazrul Amir Gesa Kelantan DN Lunas Hutang

“Kena pandai bezakan antara tanggungjawab,keperluan dan juga keinginan. Bayar hutang itu tangungjawab dan keperluan yang perlu disegerakan.

“Manakala 10 pemain import itu hanya keinginan yang boleh ditanguhkan bila sudah stabil atau semua hutang sudah diselesaikan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Isu gaji membabitkan Sang Kijang Emas turut mencetuskan persoalan tentang status Lesen Kebangsaan pasukan itu.

Lantaran itu, First Instance Body (FIB) tampil menjelaskan sebab Kelantan DN diberi Lesen Kebangsaan penuh.

Pada masa sama, FIB turut memaklumkan sekiranya ada deklarasi maklumat yang tidak tepat kepada Unit Pelesenan Kelab MFL, maka perkara tersebut boleh disiasat.