Feichtenbeiner Merasakan Selangor Melepaskan Gol Yang Aneh
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner merasakan beberapa gol yang dilepaskan Selangor dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam adalah sesuatu yang aneh. Dalam perlawanan tersebut, Selangor tewas 1-5 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Penegndali berasal dari Jerman itu juga berpendapat bahawa beberapa gol awal yang dilepaskan menyebabkan para pemain hilang fokus dan menyebabkan mereka tewas dengan jaringan yang besar.

“Gol pertama yang JDT jaringkan adalah sesuatu yang pelik menurut penilaian saya manakala gol kedua pula ianya lebih kepada kurang bernasib baik kerana jaringan melalui sepakan percuma. Dua gol awal ini telah membuatkan pemain hilang fokus.

Advertisements

“Ianya merupakan sesuatu yang sukar apabila ketinggalan dengan dua gol. Namun sekali lagi berlaku apabila JDT menjaringkan gol ketiga yang saya rasa aneh sekali gus buatkan para pemain kecewa,” luah Feichtenbeiner dalam sidang media selepas perlawanan.

Walaupun melepaskan beberapa gol yang aneh, Feichtenbeiner tidak menyalahkan penjaga gol beliau, Khairulazhan malah menegaskan bahawa pemain lain juga melakukan kesilapan.

“Selepas melihat JDT menjaringkan gol yang aneh, sudah tentu saya tidak menyalahkan penjaga gol (Khairulazhan) kerana pemain lain juga melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya,” tegas Feichtenbeiner.

Advertisements

Dengan kekalahan kepada JDT semalam, Selangor kekal berada di kedudukan ke-6 Liga Super dan berisiko untuk dipintas Terengganu FC yang berada di kedudukan ke-7. Selangor akan melayan kunjungan pasukan Sabah FC yang kini berada di kedudukan ke-2 liga pada 28 Jun depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram