Felda United Bakal Dapat Pemilik Baharu?

Iman Nafiz
@nafnami
7:30pm 10/10/2020

Selepas mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Liga Super mahupun Liga Premier mulai musim depan, Felda United seperti mendapat ‘nyawa’ baru apabila terdapat seorang pelabur yang mahu menyelamatkan Felda United daripada terkubur.

Menurut Setiausaha Agung FUFC, Afizal Abu Othman, pihaknya sedang berusaha untuk menyelamatkan Felda United dan menyatakan bahwa Felda United berkemungkinan akan terus bertanding dsalam Liga Malaysia dengan menggunakan nama baharu.

Afizal Abu Othman

Menurutnya, satu perbincangan akan dilakukan bersama pelabur baharu dalam masa terdekat untuk menentukan nasib pasukan. Beliau juga bersyukur kerana MFL dan juga FAM bekerja kerasa untuk menghalang pasukan Felda United daripada hilang dalam arena bola sepak Malaysia.

Kini pasukan Felda United berada dalam kedudukan kedua tercorot, dua mata di belakang pasukan Sabah FA dan bakal beraksi menentang Selangor FA pada perlawanan terakhir liga.

Antara pencapaian membanggakan Felda United sepanjang beraksi di Liga Malaysia ialah naib juara Liga Super 2016 serta juara Liga Premier sebanyak dua kali iaitu pada musim 2010 dan juga 2018.