Fergus Tierney: 1-0 atau 5-0 Sama, Kami Nak Menang
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang negara, Fergus Tierney hanya mensasarkan kemenangan ke atas Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H esok tanpa memikirkan jumlah jaringan skuad negara.

Malaysia sebelum ini melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pertama kumpulan pada 6 September lalu. Aliff Izwan Yuslan dan Tierney masing-masing menyumbat satu gol dalam perlawanan itu.

Bagi pemain berdarah Scotland itu, kemenangan amat penting bagi membolehkan mereka makin menghampiri matlamat layak secara merit ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

Advertisements

“Saya tak fikir berapa kita nak score (jaringkan gol). Saya (hanya) fikir pasal menang sahaja. 1-0 (atau) 5-0 untuk saya sama. Kita nak menang setiap game (perlawanan). So (Jadi), saya percaya dengan team (pasukan), I (saya) rasa kita akan menang,” katanya hari ini.

Malaysia mencari kemenangan kedua ke atas Filipina esok sebelum turun menentang Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada 12 September.

Advertisements

16 pasukan terbaik terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan, empat naib juara kumpulan terbaik dan tuan rumah Qatar akan layak untuk beraksi di pentas Piala Asia B-23 2024 tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram