Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Perancang tengah berbakat negara, Fergus Tierney membuktikan kalibernya bersama Harimau Malaya apabila menjaringkan gol debutnya ketika menewaskan Kemboja 4-2.

Advertisements

Beliau yang turun sebagaipemain gantian pasukan jelas memberikan impak yang diharapkan apabila beraksi dengan cukup cemerlang dalam Piala Merlion 2023 yang berlangsung di Singapura.

Pemain kelahiran Scotland-Malaysia ini membuktikan kalibernya apabila menjadi pencetus kepada kebangkitan anak didik E. Elavarasan untuk membenam cabaran Kemboja.

Advertisements

Fergus bijak untuk memanfaatkan larian yang dibuat oleh kapten pasukan, Azam Azmi Murad apabila melepaskan satu rembatan deras untuk gol ketiga Malaysia.

Ini juga merupakan gol debut buat pemain berusia 20 tahun itu yang juga merupakan pemain JDT ll.

Advertisements

Perkara ini mendapat respon yang cukup positif daripada para peminat bola sepak tanah air.

“Debut dan terus jaringkan gol. Hebatlah,” jelas Hafiz Adrian.

Malah, menurut pemerhatian Salleh End, beliau melihat perkembangan positif buat pemain berbakat ini.

“Boleh tahan Tierney sudah menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan,” jelasnya.

Pada aksi final yang dijadual berlangsung Ahad ini, anak buah E Elavarasan akan berdepan Hong Kong di venue sama pada jam 8.30 malam.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram