Fergus Tierney Meledak Lagi Di Liga Thailand
MakanBola
Nakhon Pathom United FC
Sponsors

Penyerang muda Harimau Malaya, Fergus Tierney terus meledak gol bersama kelab beliau di Liga Thailand.

Setelah menjaringkan gol sulung bersama Nakhon Pathom ketika aksi bertemu Uthai Thani lalu, nama Fergus Tierney sekali lagi meraih perhatian peminat bola sepak tanah air.

Ad

Fergus berada di dalam senarai kesebelasan utama Nakhom Pathom pada aksi minggu ke-27 berdepan jaguh bola sepak Thailand, Muangthong United FC di gelanggang sendiri pada Ahad.

Ad

Kepercayaan yang diletakkan oleh jurulatih Nakhon Pathom, Thongchai Sukkoki dibalas dengan jaringan seawal minit ke-11 apabila Fergus menyambar bola muntah hasil percubaan Valdo.

Ini merupakan gol kedua Fergus sejak menyarung jersi skuad The King Tigers pada Januari namun jaringan bekas tonggak Johor Darul Ta’zim ini tidak cukup untuk tuan rumah menang pada aksi ini.

Ad

Muangthong United bangkit menyumbat dua lagi gol selepas itu sebelum Veljko Filipovic menyamakan skor untuk Nakhon Pathom dan dua lagi jaringan memastikan kemenangan buat pelawat.

Ad

Skor akhir, Nakhon Pathom 2-4 Muangthong United.

Ad

Walaupun Nakhon Pathom tumpas, namun Fergus menerima penilaian sebanyak 7.3 menurut laman Sofascore dan antara yang tertinggi pada aksi menentang Muangthong United ini.

Manakala seorang lagi pemain tempatan, Muhammad Abu Khalil turut berada di dalam kesebelasan utama pasukan namun terpaksa dibawa keluar oleh Thongchai Sukkoki di minit ke-32.

Selepas ini, Fergus, Muhammad serta Nakhon Pathom akan berdepan Rayong FC dalam aksi Thai League 1 pada 6 April ini di laman sendiri dalam misi memperbaiki kedudukan liga.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments