Fergus Tierney & Muhammad Khalil Tinggalkan Nakhon Pathom
MakanBola
Nakhon Pathom United FC
Sponsors

Dua bintang muda Malaysia, Fergus Tierney dan Muhammad Abu Khalil sah telah meninggalkan kelab Thai League 1, Nakhon Pathom United.

Ini selepas pengurusan The King Tigers memaklumkan khidmat tiga pemain import ASEAN pasukan itu untuk musim 2024/25 sudah berakhir.

Ad
Sponsors

Selain Tierney dan Muhammad, Nakhon Pathom turut memaklumkan tempoh pinjaman pemain pertahanan muda Indonesia, Meshaal Osman sudah berakhir.

Ad

The King Tigers melepaskan tiga pemain bola sepak ASEAN semalam selepas tamat kontrak pinjaman.

“Kelab Bola Sepak Nakhon Pathom United mengucapkan semua pemain selamat berjaya dan semoga berjaya pada masa akan datang,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Tierney dan Muhammad masing-masing merekodkan 13 dan lapan penampilan bersama Nakhon Pathom sejak menyertai kelab itu secara pinjaman pada Januari lalu.

Ad

Tierney turut menunjukkan prestasi baik dengan meledakkan tiga gol buat The King Tigers. Prestasi baik beliau dilaporkan telah memuaskan pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

Malah, nama Tierney dikhabarkan bakal berada dalam perancangan skuad senior Harimau Selatan bagi menghadapi kempen musim 2025/26.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments