Fernando Forestieri Pembelian Yang Berbaloi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri umum diketahui masih mendahului penjaring terbanyak Piala FA Malaysia 2022. 

Setakat ini MFL mengesahkan gelaran itu apabila beliau berjaya membantu pasukan JDT menang keatas Sarawak United pada Mei 2022.

JDT yang berkenduri gol berjaya merobek sebanyak tiga kali ke gawang Sarawak dan dua gol hasil daripada jaringan Fernando Forestieri sekali gus itu merupakan gol yg kelima beliau dalam aksi Piala FA. 

Advertisements

Penyerang berusia 31 tahun ini jelas memberi impak terhadap jentera pasukan Harimau Selatan sungguhpun kekal beraksi dengan cemerlang ketika ini.

Berdasarkan jaringan-jaringan yang beliau hasilkan, keupayaan menghasilkan rembatan-rembatan deras dan juga aksi menarik ketika di atas padang, Fernando membuktikan bahawa pembelian yang berbaloi untuk JDT. 

Bukan itu sahaja, kehadiran beliau juga telah memberi nilai tambah buat jentera serangan JDT yang dilihat sukar untuk digugat buat mana-mana pasukan ketika ini.

Advertisements

JDT terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga setelah menang kesemua perlawanan musim ini sambil Forestieri kembali mencatat nama selaku penjaring terbanyak buat Harimau Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram