Fernando Forestieri Pernah Main Percuma Demi Cinta kepada JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail membuka cerita tentang bekas pemain, Fernando Forestieri yang sanggup beraksi secara percuma demi pasukan.

Dalam satu sesi soal jawab bersama peminat pada Mac lalu, DYAM Tunku Ismail menjawab persoalan salah seorang yang hadir tentang ke manakah pergi bekas pemain JDT, Gonzalo Cabrera.

Ad

Lantas, Baginda menjawab bahawa status Cabrera ketika ini tidak diketahui namun penghijrahan keluar pemain kelahiran Argentina itu disebabkan oleh permintaan gaji yang terlalu tinggi.

Ad

Oleh itu, pihak kelab JDT telah bersetuju untuk melepaskan Cabrera pada musim 2023 dan berterima kasih di atas jasa selama beliau menyarung jersi juara Liga Super 11 kali itu.

Daripada soalan berkenaan, DYAM Tunku Ismail membuka cerita tentang Fernando Forestieri yang pernah kembali ke JDT dan bermain tanpa gaji demi pasukan Harimau Selatan.

Ad

”Awak kena faham jangka hayat karier pemain bola sepak itu pendek sahaja. Sebagai contoh, Fernando Forestieri sanggup bermain di sini (JDT) secara percuma pada musim terakhir,”

Ad

”Selepas itu, (beliau alami) kecederaan (dan JDT) terpaksa lepaskan untuk ambil pemain baharu,” kata Baginda ketika bertemu peminat pada masa itu.

Ad

Baginda turut menggambarkan Forestieri sebagai satu dalam sejuta kerana setia berjuang untuk JDT namun kecederaan memaksa JDT melepaskan khidmat bekas tonggak Watford FC.

”Tapi tidak semua pemain (seperti Fernando Forestieri), itu adalah satu dalam sejuta yang bermain secara percuma kerana sayangkan kelab.”

”Kita tak boleh teruskan lagi kerana (mengambil kira rekod) cedera dan peringkat umur,” tambah Baginda.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments