Penyerang sensasi JDT, Fernando Forestieri tidak memandang rendah keupayaan pihak lawan mereka walaupun JDT masih belum dikalahkan sepanjang 17 perlawanan liga. Forestieri menjadi watak penting dalam mengetuai jentera serangan JDT musim ini.
Walaupun JDT merekodkan 17 kemenangan berturut-turut dalam saingan liga, Forestieri beranggapan bahawa JDT sentiasa menempuhi cabaran yang berbeza bagi setiap perlawanan.
Namun mentaliti kemenangan JDT sentiasa menjadi pemangkin semangat berpasukan mereka untuk mengalahkan pihak lawan. Setiap latihan yang mereka jalani sentiasa diterapkan sewaktu mereka turun beraksi diatas padang.
“Every game you prepare one thing and it is different” ujarnya dalam temubual bersama MFL.
Forestieri juga mengakui sukar untuk beraksi dipadang Stadium Sultan Muhammad IV namun pasukan JDT dapat mengatasinya dan bermain dengan baik.
Penyerang kelahiran Itali tersebut tidak kisah tentang angka gol miliknya dan menyifatkan permainan berpasukan adalah lebih penting. Menurutnya, para pemain JDT sentiasa memberikan segala-galanya sewaktu diatas padang.
Forestieri kini mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Super 2023 dengan jumlah 17 gol. Dua jaringannya sewaktu menentang Kelantan tempoh hari berjaya memintas jumlah 16 gol milik Ayron Del Valle.
Fernando Forestieri telah mengumpul 18 gol dan 12 bantuan jaringan dalam kesemua 18 perlawanan bersama JDT setakat ini.